January 2004

SJ-10-0028 : Sembelihan haiwan yang diharamkan.

:salam
Jika dlm keadaan dharurat,haiwan seperti khinzir boleh dimakan.Adakah proses sembelihan berlaku seperti biasa utk mematikan khinzir tersebut dan memakan dagingnya?Situasi dharurat berlaku apabila contohnya sesat dlm hutan dan sukar utk mendapati makanan lain utk teruskan survival.
Terima kasih.

SJ-01-0019: Duniawi Zaman Silam dan Moden

:salam

Ustaz, bolekah kita berfikiran bahawa duniawi di zaman Nabi s.a.w dan zaman skrg boleh dimansukh kerana zaman teknologi. e.g hal isbal, siwak, etc. Sudah maklum bahawa amal ibadah yg shahih dari Nabi s.a.w kita tidak boleh ubahkan, tetapi hal seperti benda keduniaan bagaimana pula? e.g zaman dahulu mereka mengheretkan kain utk bermegah-megahan, tetapi zaman skrg ada pula yang kain di atas mata kaki tetapi hendak menunjuk fashion mereka(riya'). Jadi adakah perkara duniawi dulu boleh dimansukhkan oleh perkara yg tidak wujud zaman skrg? :srug

SJ - 3253 : Titipan doa di al-muntazam

:salam:

saya harap dapat dijawab soalan saya ni sbb say kesuntukan masa.. begini soalan saya, saya ada seorang kawan yang bakal menunaikan haji di tanah suci mekah, ia bertanya saya samda saya mahu minta dia doakan saya apa2 yg saya nak.. katanya d satu tempat al-muntazam oran selalu berdoa utk orang lain, saya sedikit keliru dgn kenyataan beliau dan kerna ilmu saya yg cetek. minta ahli panel tolong jelaskan blehlah orang yg nak menunaikan haji mendoakan utk kita yg ditanah air ni dan apakah sebenarnya tempat yg disebut al-muntazam itu. JZK

SJ-12-0036: talaq tiga (3) dalam satu lafaz

:salam

saya salah seorang yang beramal dgn perundangan syariah

disini ada sedikit isu yang saya rasa tuan2 syeikh di ahkam dpt membincangkan seluas mungkin. berkenaan lafaz talaq tiga didalam satu lafaz.
didalam beberapa rujukan yang dibuat, pendapat jumhur lebih cenderung kepada sabit jatuhnya tiga talaq dgn menggunakan dalil2 dari alquran, hadith, ijma', pendapat sahabat dan qias (fiqh al islami wa adillatuh dr. wahbah). didalam kitab yang sama juga dr. menjelaskan bahawa di negara mesir dan syiria telah menetapkan didalam undang2nya bahawa:

SJ-10-0005: Menghalalkan yg haram

:salam
Bolehkah seseorang yang membelanja rakannya makan, kemudian akibat perselisihan faham, mengharamkan makanan yang diberinya tadi atau seorang ibu yang marah kepada anaknya mengharamkan susunya yang telah diberikan kepada anaknya sewaktu kecil? Apakah hukumnya?

terima kasih

SJ-01-0008 : Penghuni Neraka selamanya

:salam
Saya ingin tahu mengenai satu hadith ada yang mengatakan perpecahan umat Islam pada akhir zaman kepada 73 golongan, dan cuma satu sahaja yang memasuki syurga, iaitu mereka yang mengamalkan ajaran al-quran dan Sunnah. Apakah baki 72 golongan itu akan memasuki neraka selama-lamanya atau tidak?

terima kasih...