January 2004

SJ - 3237 Khilaf

assalamualaikum

1) Saya mahu bertanya makna sebenar ''khilaf''.

2) Apakah setiap kali perbezaan pendapat itu boleh dianggap khilaf. Saya boleh terima contohnya berlaku khilaf dalam hal Qunut. tetapi dalam hal contohnya seperti sama ada solat boleh main niat aja, itu juga boleh dikategori sebagai khilaf atau tidak? (saya tahu, itu contoh bodoh, tapi tak boleh pikir contoh lain)

SJ - 3240: Berwudhu menggunakan ayer dalam botol spray.

:salam
Terima Kasih atas jawapan yang cepat dan jelas tempoh hari.
Lagi satu masaalah, ada jema'ah bakal haji dalam pelayaran (penerbangan?) ke Baitullah dibekalkan dengan botol spray untuk berwudhu di dalam pesawat.
Sebahgian ustaz/ustazah membolehkan dan sebahgiannya tidak.
Apakah pandangan ustaz tentang masaalah ini?
Sekian, Terima Kasih.

SJ - 3231: Qada Salat DiWaktu Megerjakan Haji.

:salam
Sahabat saya sedang mengikuti kursus panduan mengerjakan Haji di masa ini. Dia tersentak apabila ustazah yang memberi ceramah menyatakan tidak boleh melakukan salat sunat di sana selagi salat-salat fardhu yang sengaja ditinggalkan tidak diqadakan dulu. Harap disegerakan jawapannya sebelum ia berangkat pada 25/1/04.
Terima Kasih.

SJ-03-0006: susulan SJ-2388: Masaalah keputihan

assalamualaikum...

sususalan bg soalan SJ-2388: Masaalah keputihan

sekiranya slps habis menunaikan solat... kita dapati terdapat cecair keputihan... tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?

sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?

SJ - 3226 : puasa hari jumaat

assalamualaikum....

adakah benar sekiranya kita berpuasa pd hari jumaat atas niat utk mengqada'kan puasa... kita juga perlu berpuasa pd hari berikutnya... iaitu hari sabtu..? adakah berdosa sekiranya kita hanya berpuasa pd hari jumaat dan tidak beneruskannya pd hari berikutnya..?

terima kasih...

SU-00297: menyambut harijadi

assalamualaykum

Dulu,saya pernah terbaca dlm satu buku yg mengatakan Nabi Muhammad S.A.W berpuasa pd hari lahir baginda(maafkan saya kerana saya tak ingat tajuk buku tu). Pastu bila saya baca kat al-ahkam psl hari ibu,saya terfikir pula tentang menyambut hari lahir dan saya teringat
apa yg saya penah baca tu. Saya mencari sumber yg sahih (hadith) tentang apa yg dinyatakan oleh buku tu, namun tak jumpa lagi setakat ini. Jadi, betulkah ada hadith yg sahih tentang perkara ini? Dan apakah pandangan Islam mengenai menyambut hari lahir. Sekian shj terima kaseh.

SJ - 3241: 'Mengele'

assalamualaikum
Saya (ambo) nak tahu tentang pandangan Islam-dibenarkan dan/atau sebagainya, mengenai 'mengele'. Utk pengetahuan, mengele (dlm bhs kelate) itu ialah memberi duit kpd tuan punya majlis kenduri kahwin-bekwoh-walimatul'urus. Kekadang ngele ni menjadi burden pula kpd tetamu.

jazakumulLahukhaeer