SJ - 3225: [Susulan] Re: SJ-2187: tiada Qadha' dalam ibadah
Submitted by Anonymous (not verified) on Fri, 09/01/2004 - 1:24am:salam
Re: SJ-2187: tiada qada dalam ibadah
Bagi aliran madzhab, adakah dalil qadha diambil dari peristiwa Rasulullah menggali khandak.
Di riwayatkan ketika Rasulullah menggali khandak utk bersiap sedia, Rasulullah telah terlupa untuk mendirikan solat Asar sehingga luput waktu kerana terlampau sibuk. Rasulullah kemudian mengqadha solat Asar dalam waktu Maghrib. Tetapi ulama' khilaf yang mana dikerjakan dahulu samada Asar atau Maghrib.
Adakah shahih riwayat ini.