January 2004

SJ-01-0002 : Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

:salam
Saya ingin tahu apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang Muslim dan adakah perbuatan-perbuatan itu boleh membatalkan syahadah walaupun tidak berniat atau tidak sengaja melakukannya (seperti dalam keadaan marah atau kecewa dan sebagainya)

terima kasih

SJ-12-0047: Perkara Mungkar dalam Majlis Perkahwinan

:salam
Apakah hukum bersanding dalam Islam?
Bolehkah berikan contoh-contoh perkara-perkara yang salah ketika, sebelum dan selepas mengadakan majlis perkahwinan dan adab-adab serta cara-cara yang tidak bertentangan dengan Islam yang sepatutnya diamalkan?

terima kasih...

SJ-07-0001: masalah fekah - bawa bunga ke kubur

A'kum,
Ustaz saya ingin minta tolong agar dapat memberi jawapan berhubung satu masalah fekah iaitu apa hukum amalan membawa bunga-bungaan ke kubur. Amalan ini kebiasaannya dilakukan pada pagi hari raya. Atas segala jawapan dan perhatian ustaz dalam masalah ini amat-amatlah saya hargai. Sekian terima kasih. :wassalam

SU-00307 tidak mampu sujud lama

:salam

soalan saya ini terdapat penjelasannya dlm ruangan fiqh sunnah... cuma inginkan kepastian drpd ustaz2 sekalian....

adakah boleh sekiranya kita hanya sekadar membaca satu kali tasbih ketika dlm sujud... disebabkan ada keuzuran tertentu... contohnya.. sakit kepala yg menyebabkan kita tidak mampu utk sujud lama ... adakah ini benar seperti yg diterangkan dlm ruangan fiqh sunnah..

SJ-13-0007 : Bunuh diri @ membunuh

:salam

Dalam satu pengajian agama disurau tempat saya, Ustaz ada mengatakan bahawa org Islam yg membunuh diri akan kekal selama2nya didlm neraka.Begitu juga mereka yg membunuh, beliau ada membawakan ayat Al-Quran dlm perkara ini (lupa pula saya ayatnya).
Benarkah pendapat ini? Tidak adakah pengampunan drp Allah s.w.t?
TQ, :wassalam