January 2004

SU-00294: patutkan dia baca sampai habis Al-Fatihah, baru di

Kalau makmum masuk solat masa Imam baca Surah selepas Al-Fatihah, pastu Imam rukuk..si Makmum ni dikatakan Masbuk kan?...So, dia turut rukuk bersama Imam walaupun si Makmum ni baca Al-Fatihah tak habis kan?

Soalan saya...kalau la Makmum tu masuk sama ngan Imam, dari takbir pertama lagi...
Then, rakaat ketiga, masa AlFatihah, Imam baca cepat sangat kot, then dia terus rukuk..

Si Makmum still tak habis lagi baca Al-Fatihah...so, patutkan dia baca sampai habis Al-Fatihah, baru dia Rukuk, or, terus ikut Imam?

Sekian..Terima kasih..

SU-00287: Terbalikkan tangan apabila baca doa tolak bala...s

Kalau certain masjid/surau..selalunya masa doa Yassin, or lepas solat witir tawarihk or tahlil..

ada kekadang ustaz membaca doa tolak bala (rasa saya la..)
Masa tu, tuan Imam akan terbalikkan tapak tangan dia ke bawah (masa doa biasa, tapak tgn ke atas kan)..

So, makmum akan ikut, terbalikkan ke bawah tapak tangan mereka..

Cuma,saya confius...memang kena buat cam tu ke? Sunnat ? Ulamak?

Pasal saya rasa, doa semua kita minta kat Allah kan..kenapa doa tu nak diletak tapak tangan ke bawah?

SJ-05-0003 : Patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fatihah

Soalan saya pasal Solat Jemaah..
Kita kena baca Al-Fatihah selepas Makmum mengaminkan Al-Fatihah tuan Imam kan?

Kata la, lepas Amin tu...si makmum ni dah baca Al-Fatihah..
Pastu, dia menunggu Imam habis baca Surah yang panjang..

Semasa dia tunggu Imam habis baca surah..dia terlupa sama ada dia dah baca Al-Fatihah atau belum...

Imam dah rukuk...patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fatihah atau rukuk bersama Imam?

Sekian, Terima Kasih.

SU-00299: Baca Doa selepas Solat Zuhur/Asar sunat baca slow

Ni soalan ke4 saya..

Saya selalu tgk..
Masa Zohor/Asar...ada imam baca Doa/Zikir perlahan, ada baca kuat sedikit..

Ni sunat ke, atau ikut suka je baca kuat ke slow...

Saya tau, baca Fatihah and surah memang slow masa Zuhur dan Asar..tapi doa and zikir..slow gak ke?

Tak tau makmum nak aminnkan apa...

Maafkan kalau saya tersilap tulis kat sini..
just nak tau je..kalau tak..sampai bila2 tertanya2...

SU-00285: Zakat Fitrah Sunat Bayar Awal atau Lambat?

Ni soalan kedua saya...

Pasal Zakat...soalannya, kita perlu bayar awal ke lambat?

Saya ada belajar yang mengatakan sunat bayar lambat2 zakat..(saya selalu bayar malam raya)..

cuma, ada saya terdengar hadis/terbaca artikel..yang mengatakan bagus bayar awal zakat, agar memudahkan diberi kepada orang 2 miskin....so, depa dapat turut merayakan hari raya..

yang mana satu ye?..dua2 sunat ke?

Wassalam...

SJ - 3212: Takbir Raya boleh dibaca selain dari hari raya

Soalan 1
Saya ada dengar...Takbir / takbir raya tak leh dibaca selain dari Hari raya (1 syawal, 10,11,12,13 Zulhijjah) sahaja...

pasal nanti orang2 dalam kubur sedih...

entah la..mana saya dengar..masa kecik2 dulu...

ada jawapan?

SU-00293: Akhir Zaman

Assalamu'alaikum! Soalan saya adalah berkenaan 'terbitnya matahari disebelah barat' dan turunnya Nabi Isa a.s. Apakah tafsiran dan maksud dengan terbitnya matahari disebelah barat? Adakah ia bermaksud seperti yang tersurat ataupun ia melambangkan bahawa Islam itu akan bangkit pada akhir zaman dari sebelah barat dimana matahari itu melambangkan cahaya atau nur? Bagi persoalan berkenaan Nabi Isa a.s. pula apakah yang dimaksudkan dengan Allah mengangkatnya - adakah ia bermaksud mengangkat darjatnya atau Allah mengangkatnya dengan jasadnya ke langit?

SJ - 3223 : solat jamak sebelum berangkat

:salam

Dari Petikan Feqhussunnah II - Menjama' Dalam Bepergian oleh Al fadhil Ust. Zain (26/12/2002);

"Dan dari Kuraib yang diterimanya dari Ibnu 'Abbas, katanya: ............. "jika selagi di rumah matahari telah tergelincir, beliau jama'lah shalat zhuhur dengan Asar sebelum berangkat ........."

Manakala dari SJ 1387 oleh Al fadhil THTL ;

"Jawab:
1. Tidak boleh solat (rukhsah) safar (baik jama' atau qasr sebelum berlalunya kampung atau mukimnya. Ini adalah ketetapan empat madzhab besar fiqih (Imam alQurthubi, aljami' li Ahkam alQur'an, jld 5/356)"