January 2004

SU-00282: Solat di tempat lalu lalang

:salam

Saya baru sahaja membeli rumah baru yg kecil. Setelah diperiksa arah kiblat, saya mendapat tahu ia berada betul2 di hadapan pintu bilik tidur saya. Saya pernah melihat orang lain meletakkan sesuatu di depan (contohnya, bantal dsb) agar ia dapat berfungsi utk menjadi "alat pemisah" pada batasan tempat solat dan tempat lalu-lalang. Apakah ia dibolehkan? Sahkah solat saya kalau ada orang yg keluar masuk pintu bilik saya atau berdiri di hadapan saya ketika sedang bersolat?

SU-00283: tawassul

adakah benar pendapat yang mengatakan, fuqaha' mengharuskan bertawassul dgn alim ulama'?, contohnya.."ya Allah, kurniakanlah hambamu...dgn berkat syeikh abd kadir jailani..."
jika pendapat ini tidak benar bolehkah panel al-ahkam jelaskan bagaimnkah sbnrnya tawassul yang dibenarkan oleh syarak?
Jazakallahu khair...

SU-00284: Zihar - Menjawab panggilan tanpa sengaja

:salam
Saya ada kemusykilan sebegini. Apakah hukumnya contoh jika seorang suami tersalah menjawab panggilan isteri dgn menyangkakan bahawa yang memanggil beliau ialah emaknya.

Sebagai contoh isteri mengejutkan suami bangun dari tidur dgn memanggil nama tapi suami menyangkakan panggilan tersebut dari emaknya dan menjawab "Kejap lagi lah mak!".. Apakah terjadi zihar disini?..

SJ - 3210: Jatuhkah status murtad?

:salam

Soalan ini adalah sekadar untuk refresh kembali pemahaman saya tentang hukum fiqh.

Apakah seseorang Muslim yang melakukan dosa-dosa besar (spt. berzina, minum arak, makan daging khinzir, dsb.) tetapi masih mengakui dirinya sebagai "Muslim" layak dijatuhkan status murtad ke atas dirinya? Bagaimana pandangan penal dalam hal ini?

:wassalam